Sunday, January 30, 2011

14 JAN 1981 - 14 JAN 2011 (30th)


TRAGEDI 14 JAN ........ 3series

Walaupun ini adalah satu kejutan untuk buah hatiku tapi ianya tetap disambut dengan muka slumber oleh buah hatiku.....

Tak dapat nak baca apa yang tersirat dihati buah hatiku itu disaat lagu "HAPPY BIRTHDAY" dinyanyikan....

Papepn ini semua untuk buah hatiku yang TERCINTA..........

Friday, January 28, 2011

TENSION

Waaaaaaa............Tension nyer tekak ni,tengah2 mlm dia mintak lak mee goreng....apalagi,goreng je la...kan kalau tak makan kesian baby , takut dia lak yang meleleh....
Waaaaaaa...........Tension nyer lepas menggoreng mee goreng ni,tekak x boleh nak telan dah....mungkin dah kenyang dengan bau menumis....
Waaaaaa............Tension nyer.....sape nak makan mee goreng tu....bukannya goreng untuk buang,goreng tu untuk makan.....
TAPI kenapa tetiba rasa kenyang ni.......
Waaaaaaaaa.......................MEMBAZIRNYAAAAAAAAAA............

Wednesday, January 26, 2011

DUGAAN

Bersyukur dengan setiap dugaan yang telah diberi olehNya.
Rela dan redha dengan setiap dugaan itu...Alhamdulillah
Amat tidak rugi menolong @ memberi bantuan kepada yang memerlukan.Atas dasar keikhlasan ianya dibalas dengan kebaikan.Alhamdulillah...syukur nikmat...


Allah menduga kita dengan memperlihatkan kesusahan golongan lain supaya kita berfikir bahawa kesenangan yang kita miliki bukan lah untuk kesenangan sendiri tetapi untuk dibahagikan dengan yang memerlukan.Oleh itu janganlah terlalu sayang dengan kesenangan sendiri.Kesenangan itu datangnya dari Allah dan kita menerima dugaan dariNya untuk berusaha mendapatkan kesenangan.Tangan yang memberi adalah lebih mulia dari yang menerima.Allah akan membalas dengan memberi kesenangan yang berganda jika kita membahagikan kesenangan itu kepada orang lain..Alhamdulillah........


Allah menduga kita dengan memperdengarkan masalah dari golongan lain dan janglah sesekali kita mereka-reka masalah diri untuk mengelakkan diri dari membantu sedangkan kita mampu untuk membantu.Lihatlah bahawa balasan baik akan diterima jika kita menyelesaikan masalah dari golongan yg bermasalah itu.


WallahuAllam...
Amin


Monday, January 10, 2011

AJL25 macam hampeh...



Apela AJL zaman sekarang ni....ade lak lagu macam SAMPAH leh menang....memang juri ni pilih bulu ke ape.....lagu merepek je...mcm lagu time aku ngajar tadika dulu je...dh la penyanyi sore semput2 babi tertelan rumput....
x layak langsung bagi menang....dem yuh!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, January 7, 2011

KEHIDUPAN

Agak bosan sejak kebelakangan ni....semua benda yang dibuat macam tak menjadi je...mungkin ada sesuatu maksud disebalik kejadian itu....minta jauh pada sesuatu yang tidak elok...
Mungkin juga masalah bosan ini terjadi sebab aku hanya menjalankan rutin kehidupan yang sama pada setiap hari...bila semua ini akan berubah....???eiiii rimas juga kalu selamanya macam ni,boleh jadi gila mungkin..


Khamis(6 jan 2011) - hubby cuti,detik 9am aku kuar dgn hubby untuk ke klinik...sampai je kat klinik ,dari 9.30am - 11.30am uruskan chekup untuk baby didalam kandungan ni...segalanya berjalan lancar....berasa happy sebab buku merah untuk ibu mengandung dah siap...setiap 2 bulan sekali akan ke klinik lah aku untuk membuat pemeriksaan lanjut untuk anak ibu ni....
Jumaat(7 jan 2011) - xde buat apa2 dah...dok rumah mak mertua besarkan bontot,pastu makan...malam tiba lak tunggu kepulangan hubby tercinta lak...kesian dia arini kena kerja 12jam...doakan sejahtera untuk hubby...

Ermmmm...sampai bila la nak macam ni...dari 1 hari,ke 1 hari...nothing 2 do, can make me insane..nak berHUHAHUHA diri ni sudah tidak bujang,hubby lak kerja sampai ke malam je...hanya tunggu rest day dia br lah ade kebahagian dalam kehidupan ni...
Lepak rumah mak mertua pun dok tengok tv je,kat rumah sendiri pulak berkurung dlm bilik je..lagi la xde ape nak buat....
Anyway,x baik nk mengeluhkan...sendiri cari pasal....
Otak sentiasa fikir,apa yang harus aku lakukan untuk ubah cara hidup yang membosankan ni...nak kerja bukannya ada kerja...nk berniaga mcm dh x larat lak,perut pun dah hampir nak memboyot je ni...so apa yang harus aku lakukan...duit x masuk ni...tak bahagia laaaa....huwarghhhh....
Aku bagi peluang pada diri aku hingga hujung bulan ni....InsyaAllah aku akan mencari jalan untuk ubah cara kehidupan seharian aku ni....get better than now...InsyaAllah

Wednesday, January 5, 2011

Andy Williams - Where Do I Begin [ Love Story ]







lagu ini dulu di ajar oleh cikgu muzik aku...masa tu aku darjah 4...dia yg kenalkan lagu ni kat aku...lagu ni mmg best,sgt mendayu2....dengar 40x pn x bosan walaupn lagu ni tahap leleh

Sunday, January 2, 2011

2011

eh...eh...eh..eh...dah thn 2011 la....dah masuk ari kedua pun...masa berlalu dgn pantas sekali..tapi sekeliling mcm sama je,xde perubahan pun...eh salah2,perubahan nye ada tapi kearah lagi terok,bukan lagi baik...sampaikan akal ni x sempat nak adapt segala perubahan tu...

aku pun cuba untuk berubah ke arah kebaikan tapi keadaan sekeliling ni memuakkan aku untuk membuat baik....mungkin lepas ni aku akan berbuat baik untuk diri aku sahaja dan lupakan keadaan keliling....mungkin juga lari dari berkaitan dengan keadaan ini..ye mungkin akan berbuat begitu jika keadaan keliling akan terus dengan keinginan sendiri...dia mempunyai keinginan dan aku juga sama....

aku dah x mempunyai azam baru untuk tahun yang baru ni....dah malas nak berazam..aku akan buat apa sahaja yang aku fikir betul walaupun tak betul pada pandangan mata orang lain....peduli kan siapa2 yang akan mempertikaikan apa yang aku buat....aku akan jadi diri aku sendiri,tak mahu lagi berubah untuk orang yang tak pernah dan tak mungkin akan hargai aku sampai bila-bila.....

aku SAYANG aku.....

Saturday, January 1, 2011

ada apa dengan LELAKI??

LELAKI adalah manusia yang sukar difahami
LELAKI adalah manusia yang merimaskan
LELAKI adalah manusia yang pentingkan diri sendiri
LELAKI adalah manusia yang hanya ingin PEREMPUAN memahami kehendak diri dia
LELAKI ialah manusia yang tinggi nilai egonya
LELAKI tidak boleh menerima hakikat apabila dirinya diberi teguran..LELAKI tidak boleh menerima sebarang nasihat..LELAKI fikir PEREMPUAN tak boleh hidup tanpa dia...boleh blah