Erm...rasa diri ini mcm nak demam lak..ini semua gara-gara nak pindah rumah..banyak benda nak kena buat walaupun pada dasarnya barang-barang bukan lah banyak pun..sekali masuk barang2, tak tahu yang mana satu nak mula dulu....buat2 satu persatu seorang diri sebab hubby kerja je sampai ketengah malam...
Tapi sebenarnya,walaupun badan ni penat tak terhingga memasang katil,pasang cabinet dapur,susun2 barang seorang diri tapi penat leh hilang terus bila hati rasa sangat seronok dh dpt tunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang isteri didalam rumahtangga...Almaklumlah selepas kawen dok rumah mertua ku....
Hal rumah lagi sikit je nak settle...tunggu rak TV,meja makan,almari baju dan carpet..sofa?..x mau sofa2 la...duduk kat lantai sudahhhh....dah complete nnt baru lah leh ajak tetamu yg mana2 sudi untuk datang bertandang...rumah baru,semua la nak baru...bagai2 nak beli yang baru...adeh la...
Walaupun penat tp tetap rasa seronok...lepas ni boleh jaga makan pakai hubby sepenuhnya...ada privacy sebagai pasangan yang x berapa romantik,kalau nak bergaduh pun dah x perlu nk cover2...ermmmm pasni main sembur je la.....hehehehhe.....
InsyaAllah untuk masa terdekat semua nya akan settle dan saya akan cuba menjaga keutuhan rumahtangga selagi hayat dikandung badan
mood : suker sangatttttttttttttt
No comments:
Post a Comment